a Big Dream
Resepi Puding Kastard dan Kuah Cocktail
Tuesday, November 25, 2014 | 3:55 PM | 0 comments
I do this by my self
Assalamualaikum, haaa cuba tengok gambar kat atas ni :D Sedap dan mengeliurkan tak? Haa, adik manis , abang tampan semua boleh buat.. Senang je tau! Janji ada semua bahan. Kejap je buatnya. Nah saya belanja resepinyaa. :

PUDING KASTARD

  • 6 sudu besar tepung kastard
  • 4 sudu besar susu pekat
  • 4 sudu besar gula
  • 1.5 liter air
  • * kalau nak tambahkan jagung tin pun boleh 1/2 tin 
Arahan:

1. Masukkan tepung kastard ke dalam periuk bersama dengan air dan kacau sebati
2. Kemudian tambahkan pula susu pekat dan gula.
3. Panaskan periuk di atas api yang sederhana.
4. Kacau sentiasa sehingga adunan pikat dan likat.
5. Lepas pikat dan likat, angkat dan masukkan ke dalam acuan ( bekas ).
6. Sejukkan dahulu diluar untuk 5 minit dan masukkan ke dalam peti ais.

KUAH COCKTAIL
  • 1 tin cocktail (650gram) *asingkan
  • 1 tin susu cair
  • 2 tin air masak (guna tin cocktail je)
  • 8 sudu besar gula / mengikut citarasa
Arahan:
1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk kecuali cocktail dalam tin tu.
2. Hanya perlu panaskan kuah ini sehingga suam dan gula hancur.
3. Kemudian matikan api dan sejukkan di dalam peti ais.
4. Sedia di makan bersama dengan puding kastard.

Tadaaa. Tamat!
SELAMAT MENCUBA :D

OLD / NEW